Wednesday, July 15, 2009

Mangsa sistem dan dasar

Saya menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1963. Dari lebih kurang 40 orang rakan sekelas, hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya ke Tingkatan 4 sedangkan meraka yang lulus itu bukanlah dikira pelajar terbijak dalam kelas. Beberapa rakan sekelas yang sering menduduki 'top five' dalam kelas terpaksa keluar dari sistem persekolahan waktu itu. Subjek yang membunuh masa depan rakan saya itu ialah Matematik. Subjek yang lain mereka ok.


Perubahan dasar dan sistem pelajaran yang berlaku memberikan hak pelajaran percuma sehingga ke Tingkatan Lima. Seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir sekolah rendah dihantar ke sekolah ternama. Pelajar-pelajar lain yang pencapaiannya sederhana, kekal melanjutkan pelajar di sekolah menengah di kampungnya. Entah bagaimana, pelajar cemerlang semasa di sekolah rendah dahulu, yang diasak dengan mata pelajaran Sains untuk menjadi 'doctor' atau 'engineer' gagal habiskan pelajaran sewaktu di universiti. Seorang rakan sekelas yang pencapaiannya sederhana sewaktu di sekolah rendah dan menyambung pelajaran di kampungnya, berjaya juga ke universiti dan berjaya menjawat PTD.


Nyata pelajar yang dahulunya bijak (maaf, bukan kata PTD tidak bijak), tidak sampai ke mana-mana.


Sewaktu mula dilaksanakan PPSMI dulu, suara tentangan terhadapnya tidaklah sehebat menjelang Pilihanraya Mac 2008. Apabila dimansuhkan, kerana antara faktornya: guru sendiri tidak mahir berbahasa Inggeris, sedih juga rasanya. Kenapa sewaktu dirancang pekasnaannya dulu, kaum guru tidak diminta pendangannya, sedangkan merakalah pasukan teras yang akan menentukan jaya tidaknya perancangan ini.


Ramai orang setuju dengan pemansuhan PPSMI. Dan ramai juga yang tidak setuju dengan pemansuhannya. Kenapa tidak kita beri pilihan kepada pelajar-pelajar kita untuk menentukannya selaras dengan amalan pendemokrasian pendidikan.


Merekalah yang menjadi mangsa setiap perubahan ini.

No comments:

Post a Comment