Tuesday, July 14, 2009

Suara Seorang Pesara

Setelah 429 bulan berkhidmat sebagai guru, akhirnya bersaralah saya. Sepanjang tempoh tersebut, saya berpeluang berkhidmat di 16 buah sekolah (termasuk di Pusat Sumber Pendidikan Negeri). Tentunya banyak yang boleh dibicarakan dengan (terutama) para guru dan ibu bapa tentang dunia pendidikan kita.

Majoriti anggota masyarakat masa kini memandang kerja guru itu enteng dan mudah. Masuk kerja jam 7.00 pagi dan pulang jam 1.30 petang. Sekali pandang, kerja menyebar ilmu pengetahuan agak mudah. Yang sukarnya, tugas mendidik manusia menjadi manusia tidak ramai yang sanggup melakukannya.

Dulu, tak ramai orang suka jadi guru kerana banyak faktor tetapi bukan faktor tiada pilihan. Kini, keghairahan menjadi guru agak keterlaluan kalau dilihat bilangan pemohonnya. Apakah keghairahan itu datangnya dari minat atau pilihan terakhir? Lihatlah hasilnya nanti.
Saya yang telah bersara ini, sekadar melontarnnya untuk membuka medan polemik.

Sungguh tidak diduga, setelah bersara, saya berpeluang pula berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan selama 39 bulan. Dan kali ini, tugas saya jauh berbeza sama sekali dengan tugas terdahulu. Kian banyaklah yang hendak dicatatkan bagi memenuh masa terluang yang sangat banyak ini.

No comments:

Post a Comment